Peguam nafi kutip sumbangan bagi kes Zara Qairina
KOTA KINABALU – Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan pihaknya membuat kutipan sumbangan berkaitan kes berkenaan.
Menurut salah seorang daripada peguam tersebut, Hamid Ismail, beliau dan sseorang lagi peguam Shahlan Jufri memberikan perkhidmatan itu secara percuma.
“Ini kerana kes adalah pro bono iaitu khidmat guaman percuma. Oleh itu, jika ada pihak membuka tabung untuk tujuan itu, ia adalah palsu dan tidak benar,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap hantaran di media sosial yang mengatakan pihaknya ada membuat kutipan sumbangan bagi membiayai yuran guaman.
Beliau pada masa yang turut mengingatkan orang awam supaya tidak terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan daripada kes berkenaan.
Mengenai proses bedah siasat yang sedang berjalan, Hamid berkata ia dijangka selasai petang ini atau selewat-lewatnya malam nanti.
“Bedah siasat masih lagi dijalankan. Jadi mungkin akan habis dalam sejam setengah ataupun dua jam, tapi kita harap lagi awal. Tapi terpulang kepada pakar forensik untuk menyelesaikan proses itu.
“Setelah selesai, jenazah akan dikafankan semula dan akan dibawa terus ke Sipitang untuk dikebumikan. Proses akan dilakukan hari ini juga. Kalau malam, malamlah,” katanya.
Setakat ini, katanya proses bedah siasat berjalan baik dengan dipantau rakan guamannya, Shahlan di bilik bedah siasat, manakala anggota polis ditempatkan di luar bilik bedah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








