DALAM NEGERI

Kelibat buaya, orang ramai dinasihat jauhi Pantai Bagan Lalang

PUTRAJAYA – Orang ramai, khususnya pengunjung dan pelancong, dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang susulan laporan mengenai haiwan yang dipercayai buaya di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai haiwan menyerupai buaya yang dilihat di pantai berkenaan lewat petang semalam.

Menurutnya, haiwan itu dilaporkan berada berhampiran sebuah pusat peranginan di Pantai Bagan Lalang.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mengadakan aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek bagi keselamatan penduduk setempat dan pelancong,” katanya memetik laporan BERNAMA.

Norhizam berkata, polis akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menangani situasi itu serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan orang awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button