BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kedutaan AS setuju terima memorandum bantahan petang ini

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bersetuju menerima memorandum bantahan berhubung penahanan peserta Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk 23 rakyat Malaysia, petang ini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim yang memaklumkan memorandum berkenaan akan diserahkan menerusi perarakan aman ke Kedutaan AS pada pukul 2.30 petang ini.

“US Embassy telah menghubungi Muhammad Kamil Abdul Munim dan menyatakan persetujuan untuk menerima memorandum petang ini.,” katanya dalam satu kenyataan ringkas petang ini.

Terdahulu, semalam Kedutaan AS dilaporkan enggan menerima memorandum yang ingin diserahkan berhubung isu sama, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peserta perhimpunan solidariti Palestin.

Memorandum tersebut antara lain menuntut Washington mengambil pendirian lebih tegas terhadap tindakan Israel menahan sukarelawan misi kemanusiaan GSF, yang membawa bantuan ke Gaza.

Ribuan dalam perhimpunan aman yang dianjurkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan termasuk ahli Ultras Malaya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pihaknya menghormati hak berhimpun dan bersuara yang dijamin Perlembagaan, namun menegaskan ia perlu dilaksanakan mengikut peraturan termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, individu yang mengingkari arahan pihak berkuasa ketika menyertai perhimpunan awam bakal berdepan tindakan undang-undang serta-merta bagi melindungi keselamatan orang ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button