Jumlah rasmi penuntut UPSI terkorban belum dipastikan – MPP UPSI
KUALA LUMPUR – Jumlah sebenar pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas awal pagi tadi di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik masih belum disahkan.
Menurut kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, seramai 44 orang pelajar telah mendaftar untuk menaiki bas berkenaan, namun hanya 42 yang berada di dalam bas yang disewa khas untuk menghantar pelajar dari Jerteh ke Tanjung Malim, Perak.
“Dua daripada pelajar yang mendaftar nama didapati tidak berada di dalam bas berkenaan.
“Berdasarkan maklumat terkini, seramai tujuh mangsa berada dalam keadaan kritikal (Zon Merah), 20 orang di Zon Kuning dan dua orang lagi di Zon Hijau di Hospital Gerik,” katanya dalam satu kenyataan.
Setakat ini, media melaporkan seramai 15 penuntut disahkan maut dalam nahas itu dengan 13 maut di lokasi kejadian dan dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








