Johor gesa KKM tangani segera isu kekurangan petugas hospital
JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan mengemukakan isu kekurangan petugas kesihatan di tiga hospital utama kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu pertemuan rasmi, Jumaat depan.
Tiga hospital terbabit ialah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Pasir Gudang (HPG).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon, ketiga-tiga hospital berdepan kekangan tenaga kerja yang kini menjejaskan kelancaran operasi harian.
Beliau berkata, laporan lengkap sudah diterima dan tindakan segera perlu diambil bagi mengurangkan beban petugas sedia ada.
“Kita mahu penyelesaian tuntas. Isu ini telah lama berlarutan dan kini memerlukan perhatian serius daripada pihak kementerian,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Tambahnya, mesyuarat secara sidang video turut diadakan semalam bersama Jabatan Kesihatan Negeri dan pengarah-pengarah hospital terlibat.
“Ia bertujuan menyelaras tindakan sebelum sesi libat urus bersama KKM diadakan,” jelasnya.
Tian Soon turut memaklumkan, pelaksanaan fasa operasi Hospital Pasir Gudang berjalan mengikut jadual.
Hospital itu dijangka dibuka secara rasmi 1 Ogos ini dan beroperasi sepenuhnya menjelang Mac 2026.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








