
Panggil pesakit 2 ekor budak: JKN tegur doktor terlibat
IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri Perak menegur seorang pegawai perubatan yang gagal memberikan layanan profesional ketika merawat seorang pesakit kanak-kanak di Klinik Kesihatan Menglembu dekat sini, minggu lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata, teguran itu diberikan selepas mengambil maklum insiden yang dilaporkan sebuah portal berita semalam.
Beliau berkata, pihaknya mengesahkan seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami demam, batuk dan selsema telah menerima rawatan di klinik berkenaan, Rabu lalu.
“Siasatan mendapati kualiti rawatan yang telah disampaikan dan tahap komunikasi oleh pegawai perubatan tersebut adalah kurang memuaskan.
“Pegawai berkenaan telah diberi teguran supaya berkomunikasi dengan profesional dan melakukan pemeriksaan klinikal yang baik kepada semua pesakit yang hadir ke klinik itu.
“Ia bagi memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan adalah baik bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Tambah Sirajuddin, pihaknya mengarahkan supaya Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Menglembu menjalankan audit klinikal secara berkala.
“Perkara itu bagi memastikan rawatan setiap pesakit yang diberikan berkualiti dan mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








