BERITA SEMASA

Johari Ghani sandang tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara merangkap Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju dengan pelantikan tersebut dan memaklumkan perkara itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Rabu lalu.

“Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada 9 Julai 2025 bahawa beliau bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Jawatan tersebut sebelum ini dikosongkan susulan peletakan jawatan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkuat kuasa pada 4 Julai lalu.

Difahamkan, keputusan untuk melepaskan jawatan itu dibuat selepas Nik Nazmi mengalami kekalahan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan baru-baru ini.

Terdahulu, menerusi kenyataan pada 17 Jun, Nik Nazmi menegaskan pendiriannya untuk meletakkan jawatan walaupun Perdana Menteri masih memberi peluang untuk beliau meneruskan tugas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button