POLITIK

Johari Ghani dilantik Bendahari Agung UMNO

 

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Bendahari Agung UMNO yang baharu melalui Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelantikan Ahli Parlimen Titiwangsa dibuat mengikut fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN.

BN juga melantik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi sebagai wakil sayap-sayap itu dalam BN.

Pengganti wakil UMNO ke Dewan Tertinggi BN pula memilih dua Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, Datuk Freddy Sua pula dilantik wakil PBRS dalam Dewan Tertinggi BN.

Dewan Tertinggi BN bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei 2023 di WTC Kuala Lumpur.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button