JKM minta bantuan orang ramai jejak waris bayi ditinggalkan di Felda Redong
LABIS – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Segamat sedang berusaha mengesan waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Felda Redong, Labis, pada 3 Mei lalu.
Menurut kenyataan JKM, bayi berkulit cerah itu ditemukan masih bertali pusat dan dibaluti kain batik dan dihurungi semut tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
“Bayi tersebut telah menerima rawatan di Hospital Segamat dan kini berada dalam keadaan sihat. Dia telah ditempatkan di bawah jagaan sebuah institusi JKM,” kata kenyataan itu.
JKM juga memaklumkan pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Segamat pada 23 Mei lalu mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 untuk menjaga bayi tersebut.
Sehubungan itu, JKM meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai ibu kandung atau waris bayi terbabit untuk segera menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Segamat di talian 07-9311331.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








