BERITA SEMASA

JIM nafi laksana RTK 3.0 seperti tular di media

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan kerajaan akan melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat seperti yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat berkaitan pelaksanaan program berkenaan.

“JIM menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan individu atau pihak yang cuba mengambil kesempatan menggunakan nama program RTK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan.

“Untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini, orang ramai digesa merujuk portal rasmi serta akaun media sosial rasmi JIM,” katanya lagi.

Sebagai rekod, Program RTK 2.0 yang bermula pada 27 Januari 2023 telah berakhir sepenuhnya pada 30 Jun 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button