Kerajaan sangkal dakwaan depot Imigresen sesak
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyangkal laporan Human Rights Watch (HRW) yang mendakwa depot-depot tahanan imigresen di negara ini sesak dan melebihi kapasiti.
Menterinya, Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata dakwaan itu tidak berasas kerana kerajaan mempunyai fasiliti yang masih mampu menampung jumlah penempatan di pusat berkenaan.
Beliau berkata, kapasiti yang boleh ditampung 20 depot tahanan imigresen pada ketika ini masih mempunyai ‘risab’ kerana masih jauh dari kapasiti sebenarnya.
“Kapasiti Depot Imigresen di seluruh negara mampu menempatkan sehingga 20,650 tahanan. Bagaimanapun, setakat 7 Mac, hanya 13,635 pendatang asing tanpa izin ditempatkan di 20 pusat tahanan Imigresen,” katanya di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
HRW sebelum ini melaporkan Imigresen memberi layanan yang buruk kepada pendatang asing semasa berada di depot tahanan negara ini berdasarkan temu bual terhadap 43 invidividu yang dikatakan pernah ditahan.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata, beliau yakin sekiranya kerajaan menuntut pembuktian atas dakwaan itu, HRW tidak akan dapat mengemukakannya.
“Saya difahamkan apabila diminta bukti di mana berlaku insiden ini? di Tawau? Bidor? di mana kematian berlaku satu cebis bukti pun mereka (HRW) tak kemukakan, tapi laporan dah mereka canang di seluruh dunia,”katanya.
Dalam tujuan naik taraf depot-depot di negara ini, kerajaan turut membelanjakan RM123 juta.
“Berapa banyak yang kita belanja untuk uruskan 20 depo tahanan ini? RM123 juta tahun lepas makan sahaja.
Bila kita usir kita bayar duit feri, bila kita usir kita bayar duit kapal begitu sekali kita jaga, tapi HRW kata kita seksa (tahanan) sampai meninggal,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








