BERITA SEMASA

JIM benar semula wanita tidak boleh berbahasa Melayu perbaharui pasport

PUTRAJAYA – Permohonan memperbaharui tempoh sah laku passport seorang wanita yang ditolak kerana tidak boleh berbahasa Malaysia ketika membuat permohonan di UTC Pulau Pinang telah diluluskan semula oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, alasan kemahiran berbahasa tidak boleh dijadikan syarat untuk membenarkan passport diperbaharui semula.

Sebaliknya kata beliau, pegawai imigresen perlu terlebih dahulu melakukan semakan secara profesional dan berhemah dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa pegawai-pegawai Imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai Bahasa Kebangsaan.

“Pegawai imigresen haruslah melaksanakan tanggungjawab dan melaksanakan semakan rawak bagi mengesahkan permohonan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata demikian sebagai mengulas kejadian tular seorang lelaki yang tidak dibenarkan memperbaharui passport ibunya di UTC Pulau Pinang kerana tidak tahu berbahasa Malaysia.

“Kami ingin memaklumkan bahawa pelanggan tersebut telahpun memperbaharui pasport dan mengambilnya pada 22 April lalu,” katanya.

Katanya, JIM komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan kepada semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jabatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button