Pelaksanaan pasport antarabangsa baharu ditangguhkan – Imigresen
PUTRAJAYA – Pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang sebelum ini dijadual bermula 1 Jun, ditangguhkan.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penjadualan semula itu dibuat bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pengalaman urusan rakyat terus berada pada tahap terbaik.
“Orang ramai masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat tempoh.
“Sebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan PMA versi baharu akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dari semasa ke semasa,” kata Zakaria dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Jabatan Imigresen Malaysia dilaporkan memaklumkan PMA versi baharu dijadual dikeluarkan mulai 1 Jun ini.
PMA versi baharu itu dilengkapi 94 ciri keselamatan bagi memastikan dokumen terbabit kekal selamat dan sukar dipalsukan.
Ciri keselamatan baharu itu antaranya akan dilengkapi elemen visual tersembunyi, hologram dan cetakan sinaran ultraungu (UV).
Selain itu, benang digunakan untuk menjahit buku pasport terbabit turut memiliki ciri keselamatan khas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








