68 PATI dihantar pulang dari Depot Imigresen Belantik
SIK – Seramai 68 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Belantik, Kedah telah dihantar pulang ke negara asal melalui Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Jabatan Imigresen Negeri Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua PATI terdiri daripada 47 lelaki, 17 wanita dan empat kanak-kanak lelaki warganegara Myanmar dan Indonesia.
Menurut jabatan itu, penghantaran pulang dilakukan selepas mereka selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan imigresen di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki negara tanpa pas atau permit sah dan tinggal melebihi tempoh ditetapkan.
Pemindahan itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Ishak Hamzah bersama 11 pegawai pengiring.
Program penghantaran pulang PATI itu merupakan sebahagian daripada langkah penguatkuasaan berterusan oleh Jabatan Imigresen Negeri Kedah dalam menangani isu pendatang tanpa izin di negeri itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








