JIM nafi sekat Fahmi Reza keluar negara, hanya larangan masuki Sabah -JIM
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini menafikan sebarang sekatan dikuatkuasa ke atas aktivis yang juga pereka grafik, Fahmi Reza untuk ke luar negara.
Bagaimanapun katanya, larang terhadap lelaki berkenaan untuk memasuki Sabah masih berkuat kuasa atas arahan pihak berkuasa negeri itu.
“Pihak Jabatan ingin memaklumkan bahawa tiada halangan bagi individu tersebut
untuk membuat perjalanan ke luar negara.
“Namun begitu, sekatan masuk ke negeri
Sabah masih lagi berkuat kuasa atas arahan pihak berkuasa Negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fahmi Reza sebelum ini mendakwa dihalang untuk meninggalkan negara ini oleh JIM dan namanya telah disenarai hitam.
Sementara itu JIM berkata, kekeliruan tersebut berlaku disebabkan perbezaan paparan maklumat antara versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sistem semakan status perjalanan.
Jelas kenyataan itu, kekeliruan berpunca daripada proses pengemaskinian portal versi Bahasa Inggeris yang sedang dijalankan, menyebabkan versi tersebut ditutup buat sementara waktu.
“Pihak Jabatan sedang menjalankan semakan teknikal secara dalaman bagi memastikan ketepatan dan konsistensi maklumat yang dipaparkan dalam semua versi bahasa agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pengguna,” jelasnya.
JIM turut menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan tanggungjawab berlandaskan peruntukan undang-undang serta menjunjung prinsip ketelusan dan profesionalisme dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








