Jerebu: 9 kawasan Sarawak, Putrajaya, KL catat IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR – Sembilan kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat pukul 8 pagi tadi, berbanding 11 kawasan pagi semalam.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Serian (194), Kuching (172), Samarahan (170), Sarikei (161), Bintulu (157), Sri Aman (157), Samalaju (152), Sibu (151) dan Miri (133).
Di Semenanjung pula, dua kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Putrajaya (104) dan Kuala Lumpur (101).
Sebanyak 52 kawasan iaitu kebanyakan di Semenanjung Malaysia merekodkan IPU pada tahap sederhana akibat jerebu rentas sempadan.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







