HIBURANLUAR NEGARA

Digugurkan daripada jelajah, Macklemore sumbang AS$1 juta kepada Palestin

WASHINGTON – Rapper Amerika Syarikat, Macklemore menyalurkan seluruh pendapatan bersihnya berjumlah AS$1 juta (kira-kira RM4.2 juta) daripada jelajah Loop Tour Ed Sheeran kepada enam organisasi yang membantu rakyat Palestin.

Macklemore turut mengajak pemilik New England Patriots, Robert Kraft untuk menyertai usaha sumbangan berkenaan.

“Saya akan menyumbangkan keseluruhan AS$1 juta daripada pendapatan bersih saya menerusi Loop Tour Ed Sheeran kepada enam organisasi yang bekerja secara langsung membantu rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan di Instagram.

Sumbangan itu akan disalurkan kepada Palestine Children’s Relief Fund, HEAL Palestine, Gaza Soup Kitchen, Medical Aid for Palestinians, UNRWA USA National Committee dan Anera.

Tindakan Macklemore itu hadir selepas beliau digugurkan daripada jelajah berkenaan susulan sokongan terbukanya terhadap Palestin ketika membuat persembahan di MetLife Stadium, New Jersey, awal bulan ini.

Sebelum ini, Ed Sheeran menjelaskan bahawa keputusan untuk menggugurkan Macklemore daripada jelajah berkenaan dibuat pihak penganjur dan pengurusan venue, bukannya atas keputusannya sendiri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button