JBPM anjur Kursus Latihan Tali Teknikal bersama BFP Filipina
KUALA KUBU BHARU – Latihan menyeluruh, praktikal dan berimpak tinggi menjadi fokus utama Kursus Latihan Tali Teknikal anjuran Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah bersama delegasi Biro Perlindungan Kebakaran (BFP) Filipina, di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Komandan ABPM Wilayah Tengah, Syufa’at Kamaron dengan kehadiran Timbalan Ketua Operasi BFP, Superintendan Wilberto Rico Neil Ang Kwan Tiu bersama pegawai kanan kedua-dua agensi.

Kursus lima hari bermula 22 hingga 26 September 2025 itu memberi penekanan kepada kemahiran lanjutan operasi menyelamat menggunakan tali, termasuk aspek ‘advanced rigging and anchoring’, ‘complex rescue maneuvers’ serta ‘high-level rescue systems’.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), penganjuran kursus itu bukan sahaja bertujuan memperkukuh kepakaran teknikal peserta malah menjadi wadah penting untuk mempererat hubungan dua hala dalam bidang penyelamatan.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama JBPM dan BFP dalam meningkatkan kesiapsiagaan operasi menyelamat, selain memperkukuh jaringan profesional di peringkat antarabangsa,” jelas JBPM.
Program itu diharap dapat terus memperkasa usaha kolaborasi antara Malaysia dan Filipina dalam menghadapi cabaran operasi penyelamatan yang semakin kompleks.
Pendedahan turut diberikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, termasuk anggota elit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM JBPM).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








