AGAMABERITA SEMASA

JAWI diarah siasat penggunaan ayat suci al-Quran promosi budaya songsang

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk menjalankan siasatan berhubung satu sepanduk yang memaparkan terjemahan ayat al-Quran dan dipercayai digunakan bagi mempromosikan budaya songsang dalam satu perarakan yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, JAWI diarah mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang susulan tular sepanduk dengan terjemahan ayat suci Al-Quran digunakan secara salah.

“Saya menegaskan sekeras-kerasnya bahawa perbuatan ini bukan sahaja mengguris maruah umat Islam, apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini, malah mencemar kemuliaan al-Quran kerana ditafsir jauh dari konteks serta makna sebenar ayat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu sepanduk di media sosial memaparkan terjemahan ayat al-Quran yang diselewengkan untuk menyokong agenda budaya songsang dalam satu perarakan di ibu negara.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli mengajak semua pihak agar menghayati al-Quran dengan tradisi keilmuan yang panjang dan tidak sewenang-wenangnya menterjemah mengikut nafsu sehingga menyesatkan daripada maksud sebenar, apatah lagi untuk menjadikan dalil budaya yang bertentangan dengan nilai Islam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button