Isu longkang tersumbat di SMK Dengkil, penyelesaian sementara dijangka sebelum Jun
DENGKIL – Masalah longkang tersumbat yang berlarutan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil dikenal pasti berpunca daripada perbezaan aras saliran, dengan tindakan segera sedang dirancang bagi mengatasi isu berkenaan.
Penyelaras Dewan Undang Negeri (DUN) Dengkil, Datuk Noorazli Said berkata, hasil maklum balas daripada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), punca utama masalah itu adalah longkang utama yang berada pada paras lebih tinggi berbanding longkang di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Menurutnya, susulan aduan penduduk yang berlarutan sejak sekian lama, beliau telah menghubungi pegawai bertanggungjawab MPS bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
BACA JUGA:
Air bertakung di SMK Dengkil berlarutan lebih tiga tahun, PIBG harap tindakan segera
“Sebagai langkah segera, pihak MPS menjanjikan kerja sementara akan dilaksanakan sebelum Jun ini dengan membina ‘by-pass’ ke longkang utama sementara menunggu peruntukan bagi penyelesaian menyeluruh,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan kerja berkenaan bagi memastikan masalah itu dapat diselesaikan dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Semalam, Malaysia Tribune melaporkan isu longkang tersumbat di kawasan sekolah berkenaan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti setempat berikutan masalah air bertakung yang berpanjangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













