UFC 322: Islam Makhachev diumum juara berganda UFC
NEW YORK – Pertarungan UFC 322 akhirnya berpihak kepada Islam Makhachev apabila bintang dari Dagestan itu diumumkan sebagai juara baharu kategori welterweight menerusi keputusan juri di Madison Square Garden, hari ini.
Kemenangan itu bukan sahaja mengekalkan reputasinya sebagai antara atlet paling dominan dalam Ultimate Fighting Championship (UFC), malah menjadikan beliau atlet ke-11 menjadi juara dua dalam divisyen.
Turun buat kali pertama dalam kelas welterweight, Islam tampil tenang dan berdisiplin sepanjang perlawanan, mempamerkan ketahanan serta taktikal rapi bagi mengekang ancaman Jack Della Maddalena (JDM) yang hadir dengan rekod 18 kemenangan berturut-turut, termasuk lapan dalam UFC.

Walaupun JDM cuba mengasak dengan kombinasi tumbukan, Islam kekal utuh dengan pertahanan kukuh dan kawalan ruang di atas gelanggang dengan konsisten, sekali gus memaksa pertarungan berlangsung hingga ke pusingan terakhir.
Kesungguhan kedua-dua petarung menghiburkan ribuan peminat yang memenuhi arena, namun kawalan konsisten Islam menjadi pemisah apabila juri sebulat suara memilih beliau sebagai pemenang selepas lima pusingan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








