BERITA SEMASASUKAN

Pertarungan UFC 322 jadi tumpuan, Islam Makhachev buru gelaran dua divisyen

DEBARAN menuju UFC 322 semakin memuncak apabila apabila Islam Makhachev memasuki gelanggang untuk salah satu pertarungan terbesar dalam kariernya, sekali gus membuka laluan kepada potensi bergelar juara dua divisyen.

Pertarungan yang akan berlangsung di Madison Square Garden itu menyaksikan bekas juara lightweight itu beralih ke kelas welterweight dengan misi mengukuhkan lagi namanya sebagai antara atlet paling berpengaruh dalam sejarah UFC.

Namun, laluan ke puncak tidak datang mudah apabila Lawannya, Jack Della Maddalena (JDM), hadir dengan momentum luar biasa selepas mencatat 18 kemenangan berturut-turut, termasuk lapan di pentas UFC, sekali gus meletakkannya sebagai ancaman paling serius dalam karier Islam setakat ini.

Di sebalik jadual latihan yang padat, Islam tetap mencari ruang bagi menyeimbangkan tekanan, memilih aktiviti memancing sebagai terapi menjelang hari pertarungan.

Islam

Kehadirannya di sebuah kedai pancing di New Jersey, Pells Bait and Tackle, baru-baru ini menjadi tumpuan apabila gambar beliau membeli peralatan memancing dikongsi pemilik kedai berkenaan.

“Terima kasih @islam_makhachev kerana singgah dan menunjukkan sokongan kepada komuniti tempatan! Beliau membeli set joran dan umpan sebelum turun memancing! Selamat maju jaya minggu depan, kami akan menyokong! juara sudah tib!” tulis Pells Bait and Tackle di Instagram.

Dalam episod pertama UFC 322 Embedded, atlet kelahiran Dagestan itu turut berkongsi minatnya terhadap aktiviti tersebut.

“Saya memang suka memancing, tapi saya tak banyak pengalaman memancing di Amerika dan minggu ini belum ada ikan yang berjaya saya tangkap.

“Di Rusia, saya selalu memancing… Di sana ikannya besar dan sedap,” katanya sambil berseloroh.

Dalam pertarungan sebelum ini, Islam berjaya menumbangkan nama-nama besar seperti Charles Oliveira, Alexander Volkanovski, Dustin Poirier dan Renato Moicano.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakan kedudukannya sebagai antara petarung paling dominan era moden UFC.

Walau bagaimanapun, kali ini, Islam berdepan juara bertahan yang berada pada kemuncak karier.

JDM, wakil Australia, merampas takhta welterweight selepas menewaskan Belal Muhammad pada Mei lalu dan kini bersedia mempertahankan gelaran buat kali pertama.

Tumpuan dunia kini tertumpu kepada UFC 322, yang akan menjadi saksi Islam melakar pencapaian besar atau JDM mengekalkan dominasinya di puncak karier.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button