BERITA SEMASA

[VIDEO] Bekas bintang UFC Khabib diarah keluar dari pesawat

KUALA LUMPUR – Bekas bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov, diarah keluar dari sebuah pesawat di Amerika Syarikat selepas terlibat dalam perselisihan faham dengan salah seorang pramugari.

Menerusi video yang tular di media sosial, bintang UFC Hall of Fame itu dilihat bertikam lidah dengan seorang pamugari sebelum beliau diarahkan keluar dari pesawat tersebut.

Terdahulu, pramugari itu meminta Khabib untuk berpindah tempat duduk, yang mana Khabib yang turut dikenali dengan gelaran ‘The Eagle’ membantah arahan tersebut.

“Kami tidak membenarkan anda duduk di barisan pintu kecemasan, atau anda perlu turun dari pesawat ini,” kata pramugari itu kepada Khabib.

Khabib yang tidak pernah tewas dalam UFC (29-0) jelas kelihatan kecewa dan menganggap perkara itu tidak adil.

Khabib berkata, ketika di kaunter daftar masuk, beliau telah memaklumkan bahawa dirinya boleh bercakap dan memahami bahasa Inggeris, namun ia tidak diendahkan pramugari terbabit.

Pramugari itu tampak tidak mahu melayan perbincangan dengan petarung tersebut dan akhirnya meminta seorang penyelia untuk datang dan mengiringi bekas petarung MMA itu keluar dari pesawat.

Khabib, yang memakai jaket biru dan hoodi dilihat berjalan meninggalkan tempat duduknya dan mengikuti pramugari ke hadapan pesawat.

Seorang pengguna di X menyifatkan Khabib menangani situasi ini dengan baik dan menyarankan beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat penerbangan itu.

“Khabib patut saman mereka. Salah seorang manusia paling dihormati, dia tak layak dapatkan (layanan) seperti itu,” kata pengguna X itu.

Sebagai rekod, kali terakhir Khabib bertarung di UFC adalah pada tahun 2020 dengan rekod 29 kemenangan daripada 29 perlawanan.

Beliau juga diiktiraf secara meluas sebagai salah seorang petarung seni mempertahankan diri campuran terhebat sepanjang zaman, seterusnya dilantik ke dalam UFC Hall of Fame pada tahun 2022.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button