BERITA SEMASALUAR NEGARA

Khabib dipuji netizen, tolak bersalaman secara sopan

BEKAS juara Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov menerima pujian meluas di media sosial susulan tindakannya yang enggan bersalaman dengan seorang pengacara wanita semasa siaran langsung perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) semalam.

Khabib, yang diundang sebagai tetamu khas oleh CBS Sports, turut menyertai panel ulasan bersama beberapa nama besar dalam dunia sukan termasuk legenda bola sepak Thierry Henry, Jamie Carragher, Micah Richards dan pengacara wanita, Kate Scott.

Ketika sesi pengenalan berlangsung, Khabib bersalaman dengan semua ahli panel lelaki, namun secara sopan menolak untuk menyambut huluran tangan Kate.

Khabib yang mempunyai lebih 30 juta pengikut di Instagaram kemudian meletakkan tangan di dada sambil mengucapkan sesuatu yang dipercayai sebagai tanda hormat, selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menarik perhatian penonton dan mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen di platform media sosial.

Kate Scott dilaporkan memohon maaf atas insiden berkenaan dan menyatakan penghormatannya terhadap pendirian Khabib.

“Khabib Nurmagomedov seorang Muslim yang taat dan duta Islam sebenar. Kami hormati nilai yang dibawanya, termasuk keputusannya untuk tidak berjabat tangan dengan wanita. Salam hormat… cuma sayang dia bukan peminat Barca,” kata seorang pengguna platform X.

Baca juga : Khabib nyatakan hasrat buka pusat latihan di Malaysia

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak yang mengkritik tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai kurang sopan, tanpa memahami latar belakang kepercayaan agama yang menjadi asas tindakan berkenaan.

Dalam Islam, lelaki diharamkan menyentuh wanita yang bukan mahram, dan tindakan Khabib dilihat sebagai usaha konsisten beliau dalam mematuhi prinsip tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button