IRGC dakwa sasar USS Tripoli
TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa menyasarkan kapal Amerika Syarikat, USS Tripoli (LHA-7) hari ini hingga memaksa kapal itu berundur ke Lautan Hindi.
IRGC dalam satu kenyataan hari ini berkata, serangan tersebut merupakan sebahagian daripada gelombang ke-98 Operasi True Promise 4 lapor News.Az yang memetik agensi Tasnim.
BACA JUGA:
AS kerah 2,000 anggota Marin ke Asia Barat
ARG Tripoli tiba di Asia Barat
Sebagai rekod, USS Tripoli dan sebuah lagi kapal, USS New Orleans (LPD-18) membentuk Kumpulan Kesiapsiagaan Amfibia (ARG) Tripoli yang diaturgerak ke rantau berkenaan.
USS Tripoli berfungsi sebagai kapal utama yang membawa kira-kira 2,500 anggota Marin daripada 31st Marine Expeditionary Unit (MEU), berserta pesawat F-35B dan aset amfibia dan taktikal.
Sebuah lagi ARG dengan kapal LHD USS Boxer (LHD-4) sebagai kapal utama yang membawa 11th MEU pula dijangka tiba di Asia Barat tidak lama lagi.
Kenyataan itu memberitahu, pada fasa awal operasi, pasukan laut IRGC menyerang sebuah kapal kontena yang dikaitkan dengan Israel, dikenali sebagai SDN7, menggunakan peluru berpandu kruis, menyebabkan kerosakan besar dan kebakaran yang besar.
Ia turut menambah bahawa peluru berpandu balistik Iran telah mengenai sasaran di utara dan selatan Tel Aviv, serta lokasi strategik di Haifa, kemudahan kimia di Beersheba, dan lokasi yang menempatkan pasukan tentera Israel di Petah Tikva.
IRGC mendakwa sistem pertahanan udara Israel gagal memintas peluru berpandu tersebut.
Dalam fasa lain operasi itu, kenyataan tersebut menyebut bahawa sebuah kemudahan pengeluaran dron bersama UAE-Israel, bersama pesawat yang ditempatkan di Pangkalan Udara Ali Al Salem di Kuwait, turut disasarkan oleh dron dan peluru berpandu Iran.
IRGC berkata operasi oleh pasukan Iran dan kumpulan sekutu di rantau itu masih berterusan dan butiran lanjut akan diumumkan.
Ia juga menyatakan bahawa trafik maritim di Selat Hormuz dan pergerakan di Teluk Parsi berada di bawah pemantauan rapi, sambil memberi amaran bahawa aktiviti musuh akan dibalas dengan “tindak balas tegas”.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








