IRGC beri amaran keras, kapal perang dilarang lintasi Selat Hormuz
TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Iran mengeluarkan amaran tegas kepada mana-mana kapal ketenteraan agar tidak cuba memasuki atau melalui Selat Hormuz, yang disifatkan sebagai laluan strategik di bawah kawalan penuh mereka.
Menurut kenyataan rasmi, komando tentera laut IRGC menegaskan pihaknya mempunyai autoriti untuk mengawal sepenuhnya pergerakan di selat berkenaan.
“Sebarang percubaan oleh kapal ketenteraan untuk melalui Selat Hormuz akan berdepan tindakan tegas,” menurut kenyataan yang disiarkan oleh media penyiaran negara Iran.
Dalam pada itu, IRGC memaklumkan hanya kapal awam dibenarkan melalui laluan tersebut, namun tertakluk kepada syarat dan pemantauan ketat pihak berkuasa.
Amaran tersebut muncul susulan pengumuman oleh Central Command Amerika Syarikat yang menyatakan dua kapal perang Amerika Syarikat telah melalui Selat Hormuz bagi melaksanakan operasi pembersihan periuk api yang didakwa dipasang oleh Tehran.
Perkembangan itu sekali lagi meningkatkan ketegangan di salah satu laluan perkapalan paling penting dunia yang menjadi nadi utama perdagangan minyak global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








