BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Intelligent Consultancy bantu permudah kelulusan pinjaman bank, perkasa pertumbuhan perniagaan

KUALA LUMPUR – Intelligent Consultancy, firma konsultansi tempatan mencipta sejarah apabila berjaya memudahkan jumlah kelulusan pinjaman bank tertinggi pada tahun lalu, sekali gus diiktiraf sebagai pemegang rekod pertama oleh The Asia Records.

Pengiktirafan itu diberikan atas kecemerlang firma berkenaan dalam membantu perniagaan dan individu mendapatkan pembiayaan penting sepanjang 2025.

Pengasasnya, Keith Khor Kah Yong berkata, pengiktirafan tersebut menjadi bukti dedikasi serta kepakaran pasukan dalam memenuhi keperluan kewangan pelanggan.

“Kami berasa amat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai pemegang rekod pertama bagi jumlah kelulusan pinjaman bank terbanyak yang difasilitasi oleh sebuah firma konsultansi.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta membantu lebih banyak perniagaan berkembang maju,” katanya dalam satu kenyataan.

Intelligent Consultancy
Kepakaran dan pendekatan berfokuskan pelanggan menjadikan Intelligent Consultancy rakan strategik dalam memudahkan akses pembiayaan serta meningkatkan peluang kejayaan kewangan pelanggan.

Menurut beliau, kejayaan itu turut mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai rakan dipercayai dalam khidmat nasihat kewangan dan fasilitasi pinjaman.

Sementara itu, pencalonan bagi The Asia Records kini dibuka secara rasmi dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.theasiarecords.com atau menghubungi talian 012-288 6132.

Mengulas lanjut, Keith berkata, kejayaan Intelligent Consultancy didorong oleh pendekatan berfokuskan pelanggan serta pemahaman mendalam terhadap proses kewangan dan keperluan perbankan yang kompleks.

Beliau berkata, pendekatan strategik yang dilaksanakan membolehkan ramai pelanggan berjaya memperoleh pinjaman bank, sekali gus menyokong pertumbuhan perniagaan dan kestabilan kewangan mereka.

“Pengiktirafan daripada The Asia Records itu sekali lagi menyerlahkan syarikat dalam sektor konsultansi kewangan, selain memperkukuh peranannya dalam membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan dengan lebih yakin,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button