JENAYAH & MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: Pakar patologi saksi pertama beri keterangan

KOTA KINABALU – Pakar patologi, Dr Jessie Hiu akan menjadi saksi pertama yang dipanggil dalam inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang bermula petang ini.

Pakar perubatan forensik berpangkalan di Sabah itu akan tampil di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai Koroner di Mahkamah Koroner di sini pukul 2 petang nanti.

Dr Hiu merupakan salah seorang daripada empat pakar forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas remaja berusia 13 tahun itu di Hospital Queen Elizabeth, 10 Ogos lalu.

Mahkamah turut memaklumkan, seramai 68 saksi termasuk 35 kanak-kanak akan memberikan keterangan bersumpah sepanjang inkues yang dijadual berlangsung selama sebulan.

Inkues itu juga akan melawat lokasi kejadian pada 11 September pada pukul 9.30 pagi.

Dalam prosiding pagi tadi, Mahkamah Koroner membenarkan bapa kandung Allahyarhamah Zara Qairina, Mahathir Hashim @ Marikin, untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anaknya.

Amir Shah membenarkan permohonan bapa berusia 44 tahun itu untuk terbabit dalam prosiding inkues melalui pasukan peguamnya.

Pasukan peguam berkenaan terdiri daripada Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button