BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Inkues kematian Zara Qairina akan diadakan – AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan keputusan untuk mengadakan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir termasuk mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

Menurut kenyataan AGC yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah telah memohon kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu supaya inkues dijalankan mengikut peruntukan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

“Mahkamah Koroner Kota Kinabalu telah menetapkan tarikh sebutan pada Isnin, 18 Ogos 2025 bagi menentukan tarikh-tarikh pendengaran inkues tersebut,” kata kenyataan itu.

Jabatan tersebut menegaskan bahawa memandangkan kes ini adalah kes berkepentingan awam, pihaknya akan memohon agar prosiding dipercepatkan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan, bukan sahaja kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, tetapi juga demi kepentingan masyarakat umum.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button