BERITA SEMASA

Imigresen buru wanita Myanmar bantu siasatan

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan seorang wanita warga Myanmar yang diperlukan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Menerusi kenyataan di Facebook, JIM memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung wanita tersebut.

Wanita itu dikenal pasti sebagai Nguyen Thi Nho atau Wendy, 38, dengan alamat terakhir di PA-S-42-1 Pearl Avenue Condominium, Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Timbalan Penolong Pegawai Penyiasat Imigresen (TPPI) Mohd Husaini Mohamad dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA di talian 03-88801356/1347 atau Bilik Gerakan Imigresen di talian 03-88801555.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button