BERITA SEMASA

Himpunan khas sambut kepulangan sukarelawan Malaysia misi Global Sumud Flotilla – Anwar

PUTRAJAYA – Satu himpunan khas akan dianjurkan bagi meraikan kepulangan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini berada di Istanbul, Turkiye.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, himpunan itu bukan sahaja satu tanda penghargaan kepada keberanian para sukarelawan tetapi bagi terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza.

“Insya Allah, saya menantikan ketibaan mereka di Kuala Lumpur kelak.

“Kita juga akan menganjurkan satu himpunan khas bagi meraikan kepulangan para wira dan wirawati kemanusiaan ini, selain terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama saudara-saudara kita di Gaza,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Dalam hantaran sama, Anwar turut berkongsi maklumat beliau sempat berinteraksi dengan aktivis Malaysia di Istanbul, sebaik mereka dibebaskan dari tahanan Israel.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza.

“Mereka adalah lambang keberanian rakyat Malaysia yang menjunjung nilai kemanusiaan tanpa mengenal sempadan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button