LUAR NEGARA

Harga minyak dunia menurun

Susulan kebimbangan kenaikan kadar faedah, ekonomi global

NEW YORK – Harga minyak dunia mengalami penurunan hari ini susulan kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah, ekonomi global dan prospek permintaan bahan api yang tidak menentu susulan pemotongan bekalan oleh OPEC+.

Minyak mentah Brent susut AS$0.48 atau 0.6%, kepada AS$81.18 setong.

Manakala minyak mentah AS, West Texas Intermediate berada pada AS$77.39 setong juga 0.6% lebih rendah.

Kedua-dua kontrak jatuh lebih daripada 5% minggu lepas, iaitu penurunan mingguan pertama dalam lima hari kerana permintaan petrol Amerika Syarikat jatuh dari setahun yang lalu.

Ini sekaligus mencetuskan kebimbangan kemelesetan dalam kalangan pengguna minyak utama.

Data ekonomi AS yang lemah dan pendapatan korporat yang mengecewakan daripada sektor teknologi mencetuskan kebimbangan pertumbuhan dalam kalangan pelabur.

Sementara itu, Bank Pusat AS, Britain dan Eropah dijangka akan menaikkan kadar faedah selepas mesyuarat pada minggu pertama Mei, sebagai satu usaha menangani inflasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button