POLITIK

Hamzah dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang

TANAH MERAH – Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat melalui kaedah musyawarah dan akuan bersumpah (SD).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan melantik semula Hamzah dibuat melalui kedua-dua kaedah itu yang turut melibatkan semua ahli parlimen Perikatan Nasional (PN).

Pada masa yang sama, katanya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu dikekalkan sebagai Pengerusi PN.

“Kedua-dua keputusan itu dibuat secara musyawarah termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen Pas dan turut mendapat SD daripada ahli-ahli parlimen PN. Semua ahli parlimen PN bersetuju,” katanya dalam satu sidang media selepas Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo Taman Harmoni, di sini hari ini.

Related Articles
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button