Hamzah diminta cermin diri, tak wajar lagi pegang jawatan Ketua Pembangkang
SEREMBAN – Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainudin, disaran melepaskan jawatan Ketua Pembangkang susulan pemecatannya daripada parti itu.
Ketua Penerangan BERSATU, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, kedudukan Hamzah sebelum ini sebagai Ketua Pembangkang diperoleh atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung BERSATU, Ahli Parlimen BERSATU serta wakil blok pembangkang Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, selepas dipecat daripada parti, Hamzah kini hanyalah Ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat dan tidak lagi mewakili mana-mana parti.
“Apabila beliau bukan lagi ahli parti, adalah tidak wajar beliau terus memegang jawatan itu jika masih mempunyai maruah dan rasa malu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, berdasarkan prinsip di bawah Akta Lompat Parti 2022, seseorang Ahli Parlimen yang tidak lagi menjadi ahli parti yang diwakilinya ketika pilihan raya tidak boleh dianggap mewakili parti tersebut.
Tun Faisal turut berkata, jawatan Ketua Pembangkang sepatutnya dipegang oleh Ahli Parlimen daripada parti dalam gabungan pembangkang yang mempunyai mandat jelas.
“Keputusan dasar BERSATU dan PN sebelum ini menetapkan bahawa jawatan Ketua Pembangkang perlu dipegang oleh Ahli Parlimen daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Menurutnya lagi, beberapa penganalisis sebelum ini turut melihat prestasi blok pembangkang di Dewan Rakyat sebagai tidak memberangsangkan dan gagal memainkan peranan semak dan imbang secara berkesan terhadap kerajaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















