POLITIK

Amalan surat layang, cucuk mencucuk rosakkan parti

SHAH ALAM – Amalan surat layang dan cucuk mencucuk wajib dihentikan kerana boleh ia merosakkan parti dari dalam.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ahli sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada matlamat utama dan cabaran yang sedang dihadapi parti.

BACA JUGA:
Ahli BERSATU diingatkan tidak terperangkap dalam ketidakpastian
PN yakin tawan kembali Putrajaya pada PRU16

“Kepada semua, apa pun cabaran di hadapan, kita hadapi bersama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jangan bawa budaya yang tidak baik ke dalam parti ini, budaya yang boleh merosakkan,” katanya.

“Tidak ada budaya surat layang, tidak ada budaya cucuk mencucuk. Ini adalah keluarga besar,” tegasnya yang tidak memperincikan secara lanjut mengenai amalan itu.

Hamzah berkata demikian ketika berucap merasmikan perhimpunan agung tahunan sayap BERSATU, di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial surat layang yang mengaitkan nama beliau serta dakwaan wujudnya ‘broker’ dalam parti itu, yang dikatakan menggerakkan cadangan penubuhan Majlis Eksekutif Perikatan Nasional (PN).

Langkah itu didakwa sebagai usaha menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Presiden parti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button