POLITIK

Jawatan Ketua Pembangkang milik PAS, calon akan dinamakan hujung bulan ini

KUALA LUMPUR – Jawatan Ketua Pembangkang akan dipegang Ahli Parlimen PAS dan nama individu tersebut akan diumumkan sebelum hujung bulan ini.

Keputusan itu dicapai oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti GERAKAN, di Cheras dekat sini, hari ini.

Dalam mesyuarat sama, turut diumumkan barisan lantikan Pegawai-Pegawai Parti bagi sesi 2026, pada Sabtu.

​Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan bahawa rombakan itu dibuat selaras dengan Fasal 8.2 dan Fasal 8.3 Perlembagaan Parti.

​Ahmad Samsuri dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, mesyuarat tersebut dihadiri oleh kesemua kepimpinan tertinggi parti anggota iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS, GERAKAN dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

​Berdasarkan senarai lantikan terbaharu, beliau kekal sebagai Pengerusi, manakala jawatan Timbalan Pengerusi diisi oleh empat tokoh utama iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, P Punithan dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

​Jawatan Setiausaha Agung PN pula dipegang Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang akan dibantu oleh tiga Timbalan Setiausaha Agung iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Wong Chia Zhen dan Datuk Sivakumar Krishnan.

Beliau bagaimanapun berkata, lantikan bagi Pengerusi Badan Perhubungan Negeri ditangguhkan ke mesyuarat akan datang setelah lawatan kerja Pengerusi PN ke semua negeri selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button