Hamas sahkan kematian ketua tenteranya, Mohammad Sinwar
KAHERAH – Kepimpinan Hamas kehilangan satu lagi tokoh penting apabila kumpulan pejuang Palestin itu semalam mengesahkan kematian ketua tenteranya, Mohammad Sinwar.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi berbulan-bulan mengenai nasib beliau selepas Israel mendakwa membunuhnya dalam serangan udara pada Mei lalu.
Dalam kenyataan ringkas, Hamas tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bila dan bagaimana Sinwar terkorban, sebaliknya menyiarkan gambar beliau bersama pemimpin kumpulan lain sambil menyifatkan mereka sebagai ‘syuhada’.
Mohammad Sinwar merupakan adik kepada Yahya Sinwar, ketua sayap pejuang Hamas yang terbunuh dalam operasi Israel setahun lalu.
Selepas kematian abangnya, beliau segera diangkat ke barisan kepimpinan tertinggi Hamas dan dilihat memainkan peranan besar dalam mengatur strategi ketenteraan kumpulan itu.
Israel pula menggambarkan Sinwar sebagai antara perancang utama serangan roket ke atas bandar-bandar utama Israel serta dianggap figura berbahaya yang menyatukan jaringan militan di Gaza.
Namanya kerap disebut dalam senarai sasaran paling dikehendaki Tel Aviv sejak perang meletus semula pada 2023.
Dengan pengesahan kematiannya, kepimpinan sayap bersenjata Hamas dijangka berpindah kepada rakan karibnya, Izz al-Din Haddad, yang kini mengetuai operasi di utara Gaza dan dilihat berpotensi meneruskan kesinambungan strategi ketenteraan kumpulan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








