Hamas hapuskan 50 militan pro-zionis di Gaza
BAITUL MAQDIS – Pejuang Hamas dilaporkan membunuh 50 anggota kumpulan bersenjata yang didalangi rejim zionis di Tebing Gaza.
Terbaharu, satu pertempuran antara kedua-dua pihak berlaku semalam di Rafah, menyebabkan tentera rejim zionis terpaksa campur tangan bagi melindungi pasukan yang didalanginya, lapor The Guardian yang memetik sumber saluran berita i24.
“Jika bukan kerana campur tangan tentera udara Zionis untuk melindungi pengkhianat Yasser Abu Shabab… sudah pasti dia telah berada dalam genggaman pihak pejuang hari ini.
“Kami akan terus memburu para pengkhianat walau berapa lama sekalipun, dan kami menegaskan bahawa perlindungan pihak penjajah terhadapnya tidak akan kekal lama, dan kami akan menemuinya lambat laun,” kata Hamas dalam satu kenyataan.
Kumpulan bersenjata yang menamakan diri mereka sebagai ‘Perkhidmatan Anti-Keganasan’ dan didakwa mempunyai kaitan dengan Daesh itu diketuai individu bernama Yasser Abu Shabab itu, dianggotai kira-kira 100 yang lain dan beroperasi dengan kelulusan tidak rasmi daripada pasukan bersenjata Israel.
Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu sebelum ini membuat pengakuan bahawa Israel telah “mengaktifkan” beberapa puak Palestin di Gaza, atas nasihat “pegawai keselamatan,” bagi menyelamatkan nyawa askar Israel.
Pejabat Perdana Menteri sebelum itu turut menyatakan bahawa “Israel sedang berusaha untuk menewaskan Hamas melalui pelbagai cara, berdasarkan cadangan daripada semua ketua pasukan keselamatan.”
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







One Comment