BERITA SEMASA

Pemimpin kerajaan, pembangkang bersatu nyata solidariti terhadap Palestin

KUALA LUMPUR – Para pemimpin dari Kerajaan Perpaduan dan pembangkang hari ini bersatu bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang kini berterusan dibedil oleh tentera Israel.

Yang hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli serta Ketua Pemuda DAP, Dr Kevin Yii.

Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Presiden Bersatu menyatakan pendirian yang jelas terhadap sokongan kepada Palestin yang tidak berbelah bahagi.

“Adalah satu kewajiban untuk kita berada di sini tidak mengira agama, apa latar belakang kita untuk menyatakan sokongan kita yang padu kepada perjuangan rakyat Palestin.

“Sudah puluhan tahun mereka menanggung derita dan sengsara. Tanah mereka dirampas, nyawa mereka terkorban dan fasiliti musnah termasuklah sekolah dan hospital.

“Untuk tindakan yang lebih berkesan kita perlu membantu secara langsung memberikan sumbangan-sumbang dan infaq dengan yang kita mampu,” katanya.

Dalam himpunan yang sama, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi sokongan kepada pergerakan Hamas dalam tindakan kumpulan itu ke atas rejim Israel.

“Mereka (Hamas) tidak ada jalan lain. Kalau mereka serang secara berseorangan ia tidak akan membawa apa-apa kesan dan sebab itu sekarang ini mereka lakukan serangan secara besar-besaran.

“Apabila orang Israel melakukan keganasan yang jelas tiada siapapun menegur Israel itulah kezaliman yang kita lihat sekarang ini,” ujarnya. 

Ribuan umat Islam berhimpin di perkarangan Masjid Negara bagi mengecam kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Para peserta memakai lilitan kepala, mafla selain bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada Semenanjung Gaza.

Selain itu, laungan Israel cuak, Free Palestin serta takbir Allahuakbar turu bergema di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button