LUAR NEGARA

Pejuang Palestin sedang bertempur dengan tentera rejim – Al-Jazeera

GAZA CITY – Pejuang Hamas dilaporkan sedang bertempur dengan tentera rejim zionis yang cuba memasuki bandar tersebut, hari ini.

Laporan al-Jazeera menyebut, kereta kebal tentera rejim telah berjaya menembusi kawasan pertahanan dan kini sedang cuba mengepung Gaza City hingga ke utara.

Jurucakap Hamas, Hazem Qasem mengesahkan bahawa pejuang Palestin sedang bertempur dengan tentera rejim.

“Pasukan pejuang sedang bertemnpur dengan kereta kebal zionis di lebuh raya Salah al-Din,” katanya kepada al-Jazeera.

Terdahulu, video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan sebuah kereta kebal Merkava Mk 4 menembak ke arah sebuah kereta dipercayai dinaiki orang awam.

Nasib penumpang kereta tersebut bagaimanapun tidak diketahui.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button