Haier anjur Global Fans Festival di Pavilion Bukit Jalil selama lima hari
KUALA LUMPUR — Haier Malaysia menganjurkan Haier Global Fans Festival ketujuh menerusi jerayawara interaktif selama lima hari di Pavilion Bukit Jalil di sini bermula hari ini.
Festival yang berlangsung di The Piazza, Aras 3 itu menampilkan ruang pameran interaktif seluas 2,600 meter persegidengan tema Champion Your Haier Life, menghimpunkan peminat sukan, penggemar bola sepak dan komuniti Haier dalam satu pengalaman berteraskan gaya hidup moden.
Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata, penganjuran festival tersebut mencerminkan komitmen berterusan Haier dalam membina hubungan jangka panjang dengan pengguna melalui inovasi serta pengalaman yang relevan dengan keperluan isi rumah masa kini.
“Sempena Haier Global Fans Festival ini, kami bukan sahaja menghargai kesetiaan para pengguna, malah terus memandang ke hadapan untuk membina kehidupan yang lebih pintar, hubungan yang lebih kukuh serta pertumbuhan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, festival itu yang bermula sebagai inisiatif digital kini berkembang menjadi satu gerakan jenama berskala global yang menghubungkan jutaan peminat Haier di seluruh dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan jenama itu di peringkat antarabangsa.
“Haier kekal komited untuk terus mendengar keperluan pengguna, berinovasi dan berkembang agar setiap produk serta pengalaman yang ditawarkan memberikan nilai sebenar kepada isi rumah di Malaysia,” katanya.

Sepanjang penganjuran festival itu, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukan secara langsung termasuk badminton, bola sepak dan tenis, di samping menikmati ganjaran eksklusif yang ditawarkan khas kepada pengunjung festival.
Penganjuran itu turut memberi penekanan kepada interaksi langsung antara jenama dan pengguna.
Dari segi pencapaian global, Haier mengekalkan kedudukan sebagai jenama peralatan rumah utama nombor satu di dunia selama 16 tahun berturut-turut berdasarkan laporan Euromonitor International.
Haier juga merupakan satu-satunya jenama ekosistem IoT yang tersenarai dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands selama tujuh tahun, selain tersenarai dalam World’s 500 Most Influential Brands selama 21 tahun.
Di pasaran Malaysia, Haier mencatatkan tahap kesedaran jenama sebanyak 93 peratus dengan jangkaan pegangan pasaran 11 peratus, manakala produk premium menyumbang lebih 38 peratus kepada prestasi keseluruhan jenama itu.


Festival itu turut menampilkan pameran inovasi produk termasuk peti sejuk Space Fit, mesin basuh-pengering Siri L+, penyaman udara UV Cool Color, TV M80 QD-Mini LED, serta pratonton mesin basuh tiga dram yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
Kemasukan ke festival adalah percuma dan pelanggan yang berbelanja minimum RM5,000 bagi mana-mana produk Haier sepanjang tempoh penganjuran layak menebus jersi eksklusif Liverpool FC.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








