BERITA SEMASA

Festival Orkestra Kuala Lumpur 2026: DBKL sasarkan KL sebagai hab seni muzik global

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkukuh seni bandar raya menerusi penganjuran Festival Orkestra Kuala Lumpur (FOKL) 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 28 Mei hingga 28 Jun ini.

Majlis pelancaran festival tersebut disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin, bertempat di Anjung Singgahsana, Menara DBKL 1 baru-baru ini.

Festival edisi ketiga yang dinantikan ini dijadualkan berlangsung selama sebulan, bermula dari 28 Mei hingga 28 Jun 2026.

“Memasuki edisi ketiga penganjuran, FOKL 2026 dijangka menjadi antara festival muzik terbesar di Kuala Lumpur dengan penganjuran sebanyak 45 acara.

“Merangkumi konsert utama, persembahan poket, bengkel, forum serta pelbagai aktiviti komuniti berteraskan muzik.

“Festival ini turut melibatkan lebih 2,000 peserta dari dalam dan luar negara,” menurut kenyataan DBKL.

Persembahan yang akan ditampilkan termasuk penglibatan orkestra antarabangsa dari Thailand, Jepun, Singapura, Filipina dan China, di samping penyertaan kumpulan tempatan seperti Orkestra Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Youth Orchestra, Malaysian Philharmonic Youth Orchestra serta Orkestra RTM.

Festival ini turut mendapat sokongan lebih 40 rakan strategik termasuk Tourism Malaysia, Kumpulan CIMB menerusi kempen Moving KL Forward: Kita Bagi Jadi serta Persatuan Hal Ehwal Antarabangsa Kuala Lumpur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button