Guru sekolah, ‘abang wiring’ mengaku bersalah, didenda RM5,000 setiap seorang
MELAKA – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang CCTV & Wiring’ dan seorang guru wanita didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan zina.
Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin terhadap kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 31 tahun, mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Kesalahan itu didakwa berlaku pada 28 Februari lalu dan menjadi tular di media sosial susulan pendedahan hubungan tidak sah antara pasangan berkenaan.
Dalam prosiding sama, lelaki terbabit turut menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab terhadap wanita berkenaan yang merupakan seorang ibu tunggal.
Kes ini menarik perhatian ramai selepas tularnya rakaman serta butiran peribadi kedua-dua individu tersebut di pelbagai platform media sosial.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








