POLITIK

Gerak kerja kempen PRN Negeri Sembilan masuki fasa agresif – Aminuddin

PORT DICKSON – Gerak kerja kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 kini memasuki fasa agresif dari segi mendekati segenap lapisan pengundi di kawasan.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, fokus di kawasan perkampungan hampir selesai sepenuhnya dan tumpuan kini beralih kepada baki beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang belum dilawati.

Fokus di kawasan perkampungan hampir selesai sepenuhnya dan tumpuan kini beralih kepada baki beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang belum dilawati.

Beliau yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada PRN kali ini bagaimanapun memohon maaf kepada penduduk yang belum sempat ditemui secara bersemuka sepanjang siri jelajah kempennya.

“Insya Allah kita akan cuba jumpa seramai mungkin. Kepada mereka yang belum sempat saya temui, mohon ampun dan maaf sebab kita pun tahu undi awal bermula Selasa ini.

“Hari ini dah Ahad, kalau tak sempat berjumpa, saya mohon mereka yang mengundi awal untuk memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.

“Begitu juga yang mengundi pada 1 Ogos, saya memohon sokongan berterusan supaya agenda pembangunan negeri dapat diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas hadir berkempen di Bandar Baru Sunggala, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button