Geng ‘jurugambar haram’ didakwa pukul orang awam di KLCC
KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan individu dipercayai ‘jurugambar haram’ yang didakwa bertindak ganas di kawasan Suria KLCC mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai selepas kejadian itu tular di media sosial.
@malaysiatribune Mangsa dipercayai seorang penjual air balang yang cuba membantu pelancong warga India yang dipukul oleh kumpulan jurugambar haram di KLCC. Mangsa dikatakan dicederakan dengan senjata tajam. #malaysiaviral malaysiatrendingnews jurugambarklcc #jurugambarjalanan
Menurut satu perkongsian di laman Facebook insiden berkenaan dipercayai berlaku apabila berlaku pertelingkahan antara kumpulan terbabit dengan pelancong asing sebelum bertukar menjadi pergaduhan.
“Keadaan menjadi tidak terkawal apabila kumpulan berkenaan bertindak memukul beberapa individu di lokasi kejadian.
“Seorang peniaga air balang yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan, namun dia turut dipukul beramai-ramai oleh kumpulan terbabit,” memetik OhMedia online.
Dia mendakwa, dua mangsa mengalami kecederaan di kepala sehingga memerlukan rawatan jahitan, selain barangan milik peniaga tersebut turut rosak dalam kejadian itu.
Perkongsian berkenaan turut mendakwa kegiatan ‘jurugambar haram’ di kawasan tumpuan pelancong itu bukan perkara baharu, malah sering menjadi rungutan orang ramai.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.
Difahamkan, laporan polis telah dibuat dan orang ramai berharap tindakan tegas dapat diambil bagi memastikan keselamatan pengunjung serta memelihara imej kawasan pelancongan utama negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








