Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud landa Sumenep, Indonesia
JAWA TIMUR – Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud menggoncang wilayah Sumenep di sini malam tadi menyebabkan tiga orang cedera dan puluhan rumah serta kemudahan awam rosak.
Menurut laporan awal Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia hari ini, gempa tersebut berlaku pada pukul 11.49 malam waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di bawah laut kira-kira 50 kilometer tenggara Sumenep pada kedalaman 11 kilometer.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di wilayah Bali termasuk Gianyar, Buleleng, Tabanan, Denpasar dan Kuta.
Jurucakap BNPB, Abdul Muhari menyatakan bahawa bekalan elektrik di daerah Gayam terputus seketika namun kini telah dipulihkan.
“Selain itu, 30 rumah, empat rumah ibadat dan sebuah kemudahan kesihatan dilaporkan rosak akibat gempa tersebut,” katanya.
Di wilayah Jawa Timur, gegaran sederhana hingga kuat dilaporkan di Pulau Madura dan bandar-bandar seperti Surabaya, Banyuwangi, Situbondo, Probolinggo, Gresik dan Mojokerto, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG).
Bagaimanapun BMKG mengesahkan bahawa gempa tersebut tidak membawa ancaman tsunami.
Namun, mereka mengingatkan masyarakat untuk tetap waspada terhadap kemungkinan gempa susulan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








