BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Fahmi Fadzil terima gelaran Datuk Seri, dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil akan mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib, esok.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Law Choo Kiang berkata, seramai 19 lagi individu turut akan menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Menurut beliau, istiadat penganugerahan akan diadakan selama empat hari bermula esok di Dewan Sri Pinang dengan keseluruhan 1,221 penerima membabitkan 101 penerima Darjah Kebesaran serta 1,120 penerima Bintang dan Pingat Kehormatan.

“Bakal penerima anugerah terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), usahawan-usahawan tempatan dan ahli-ahli Badan Sukarelawan.

“Empat sesi istiadat akan dijalankan iaitu pada 11 Julai 2026 (sesi pertama), 13 Julai 2026 (sesi kedua), 14 Julai 2026 (sesi ketiga) dan 15 Julai 2026 (sesi keempat),” katanya pada sidang media hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button