Fadhlina kongsi detik menyentuh hati bimbing anak hafal Al-Quran
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkongsi detik menyentuh hati bersama anaknya yang berkeperluan khas ketika membimbingnya menghafal surah bagi persiapan majlis Nuzul al-Quran di sekolah.
Beliau berkata, ketibaannya pulang dari kerja semalam disambut anaknya yang kelihatan begitu resah kerana belum habis menghafaz Surah al-Ma’un.
“Sampai di rumah, anak saya ini kelihatan resah. Begitulah anak berkeperluan khas, jika ada perkara yang menganggu fikirannya, satu rumah dia boleh tawaf.
“Naik turun tangga rumah. Dari bilik ke dapur. Selepas seorang kakak, kakak yang lain pula dicarinya (tiga orang kakak). Termasuk adik bongsu. Sehinggalah saya sampai di rumah,” tulis Fadhlina di Facebooknya pagi ini.
Katanya, sebagai ibu, sangat penting untuk beliau segera menenangkan anaknya sebelum memulakan sesi tasmi’.
“Alhamdulillah selepas satu jam, dia sudah boleh menghafal Surah Al-Maun. Sampai tutup-tutup mata dia menghafal. Punyalah serius.,” katanya.

Fadhlina berkata, anak autisme sebenarnya memiliki kelebihan bakat dan keupayaan tersendiri, justeru ibu bapa perlu terus belajar serta memahami keperluan mereka.
Tambahnya, detik itu menjadi lebih bermakna apabila anaknya meluahkan kata-kata menyentuh hati selepas selesai menghafal.
“Mummy, syurga is under your feet,” katanya, yang membuatkan beliau tidak dapat menahan sebak.
Beliau turut mendoakan agar anak-anak berkeperluan khas di negara ini sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








