BERITA SEMASA

Ewon sahkan serah surat letak jawatan

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, hari ini.

Ewon yang juga Presiden UPKO berkata, beliau akan menghabiskan baki cuti yang masih ada bermula hari ini.

“Petang ini saya akan mempengurusikan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO untuk membincangkan agenda ‘Sabah First’ yang sentiasa menjadi asas perjuangan Parti UPKO selama ini sepertimana termaktub dalam Perlembagaan parti,” katanya.

Kelmarin, Ewon mengumumkan keputusan berundur daripada Kabinet susulan ketidaksefahaman dengan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak 40 peratus hasil Persekutuan daripada Sabah.

Beliau berkata, tindakan AGC itu seolah-olah mengabaikan sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia serta syarat-syarat yang dipersetujui Sabah ketika menyertai Malaysia, seperti termaktub dalam dokumen asas Perlembagaan.

Related Articles

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid dalam keputusannya menyifatkan pemberian khas yang dibuat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah sebagai ‘tidak sah, ultra vires dan tidak rasional’ serta bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button