BERITA SEMASA

Anwar luluskan permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan permohonan cuti Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Kenyataan itu bagaimanapun, tidak menyatakan sama ada Perdana Menteri menerima peletakan jawatan mereka daripada Kabinet.

“Setelah meneliti permohonan tersebut, Perdana Menteri bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Anwar, dan akan mula bercuti mulai esok bagi menghabiskan baki cuti.

Mereka berdua memberi alasan meletakkan jawatan susulan tidak memegang lagi sebarang jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button